Pages

Tuesday, December 28, 2010

Sup Labu Air

Sup Labu Air
Bahan - bahan :
1. 1 biji Labu Air - dibelah 4 dan dipotong halus.
2. 1 cekak suhun + fucuk
3. 6 biji Fish Ball
4. 6 ekor udang kasar
5. * Bawang putih - 1 ulas (direcek halus)
6. * Bawang besar - 1/2 ulas (direcek halus)
7. Sedikit garam, serbuk lada sulah dan lada hitam


Cara memasak:
1. Tumis barang bertanda *
2. Masukkan udang kasar dan goreng sampai naik bau
3. Masukkan fish ball dan semangkuk air. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan labu air, suhun dan fucuk.
5. Masukkan sedikit garam, serbuk lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
    (gunakan secukup rasa Maggi / Knorr pun boleh juga)
6. Biar sampai mendidih dan empuk.
7. Bolehlah dihidangkan.



Inilah labu air

Minda Mrs. F :: ...|| Kalau guna daging sebagai perencah pun sedap juga, tapi leceh sebab kene rebus daging dulu....hehehe....||

Tuesday, December 21, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

Hebat Mrs.F tengok trailer kat bawah ni.....bangga dengan KRU sebab dapat menghasilkan filem epik melayu ni dengan dramatik dan penuh aksi. Harap-haraplah jalan cerita yang ditayangkan nanti sama hebat macam trailer ni. hehehe....tak sabar nak ajak Mr. Hubby tengok filem ni kat panggung.




Hikayat Merong Mahawangsa ni merupakan hikayat ataupun penulisan pensejarahan tradisional melayu yang menceritakan mengenai Raja Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom, dan juga merupakan pembesar kepercayaan Raja Rom. Raja Merong Mahawangsa juga merupakan nenek moyang kepada Raja - raja Kedah. Dikatakan semasa pelayaran putera Raja Rom bersama-sama Merong Mahawangsa dan pengikutnya ke China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom telah diserang oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada berbesan dengan Raja China dan memperlihatkan kebesarannya. Semasa Putera Raja Rom dipertemukan dengan Puteri China di Pulau Langkapuri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Negeriu itu kemudiannya telah diperintah oleh anak lelaki baginda iaitu Raja Merong Mahapudisat. Raja Merong Mahapudisat kemudian dengan arahan ayahandanya telah mengarahkan anak - anak baginda membuka negeri siam, perak dan patani.

Dikatakan juga dengan bermulanya pemerintahan salasiah Raja Merong Mahawangsa, bermulalah penghantaran bunga emas dan bunga perak daripada kerajaan kedah. Dalam hikayat Merong Mahawangsa ini juga timbulnya nama Raja Bersiong, seorang raja yang dikenali dengan sifat zalim dan kejam terhadap rakyat sehingga dibuang takhta dan diganti dengan putera banginda

Pada zaman pemerintahan putera Raja Siong inilah, Kedah menerima kedatangan agama Islam. Hikayat ini diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah sehingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Syah.



Minda Mrs.F : ||...Kalau nak tahu jalan cerita Merong Mahawangsa versi KRU, sila klik ...||
Merong Mahawangsa

Friday, December 17, 2010

Susu Kambing Kurma vs Mengandung

Salam kawan - kawan....
Memandangkan Mrs.F ni baru berumahtangga, memang Mrs.F tak sabar untuk ada anak....hehehe bak kate orang tua-tua, anak ni pembawa rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga. So, nak dijadikan cerita, ada seorang rakan sekerja Mrs.F ni ada petua untuk dipermudahkan mendapat anak....petua ni dapat daripada seorang ustaz.

Sebenarnya kawan Mrs.F ni dulu lambat dapat anak, 6 tahun menunggu baru ada rezeki tuhan bagi....mungkin berkat kurnia dia guna petua ustaz tu kot, baru melekat...

Nak tau apa petua yang ustaz tu bagi.....hehehehe petuanya dengan meminum secawan susu kambing beserta segenggam kurma.. Kurma tu di'blend;' bersama - sama secawan susu kambing dan diselawat 3 kali sebelum minum. Niatlah dalam hati supaya dipermudahkan urusan mendapat anak daripada Allah S.W.T. Ustaz tu kata pada kawan Mrs.F ni, sekali minum sudah mencukupi. Selebihnya perlulah berusaha dan berdoa kepada Allah..

Susu Kambing Kurma

Mrs. F bukanlah dikategorikan pasangan yang terdesak nak ada anak. Mrs.F pun baru 2 bulan kahwin. Tapi tak salah kan mencuba, lagipun susu kambing dan buah kurma ni banyak khasiatnya. Mungkin dengan meminum resipi susu kambing dan kurma ni, mana tahu rezeki Mrs.F dan Mr. Hubby ada...hehehe. Mrs.F pun buatlah resipi ni, masa susu kambing tu panas, memang sedaplah minum, ...tapi bila dah sejuk, agak susahlah untuk Mrs.F telan sebab terlalu manis...hehehe dari secawan adunan susu kambing dan kurma tu, setengah je yang mampu Mrs.F minum....selebihnya Mr.Hubby habiskan. Yang penting niat Mrs.F ikhlas dan telah berusaha. Mrs F hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah sahaja supaya dipermudahkan segala urusan.

Nak tahu kebaikan buah kurma dan kebaikan susu kambing? Sila klik di gambar dibawah.

Susu Kambing
Buah Kurma

Minda Mrs.F : ||....Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”...||

Khasiat buah Kurma

Buah Kurma
Antara kebaikan dan khasiat buah kurma adalah :


Adalah amat baik sekali jika anda mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



Minda Mrs. F....||

  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
  • Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

....||


kredit to : Permata Hati.com

Khasiat Susu Kambing

Susu Kambing


Antara khasiat - khasiat susu kambing yang penting untuk sistem badan mausia adalah :
  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahanpostpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema(kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan,migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
Kredit to : Kak Long Comel

Sunday, December 12, 2010

Kalendar Malaysia 2011

Kalendar Malaysia 2011 dah keluar. Credit kepada One Stop Malaysia.
Sekarang kawan-kawan dah bolehlah buat perancangan untuk tahun hadapan.

Nak lihat Kalendar Malaysia 2011, sila klik sini




Minda Mrs. F :...||Muga dengan kedatangan tahun baru ni, tuhan akan permudahkan urusan Mr & Mrs F....diperbanyakkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata.....||

One Tree Hill
























Anda pernah dengar tentang One Tree Hill (OTH)???...
Citer ni antara TV Drama yang Mrs.F paling suka.....sangat best!!!
Lebih-lebih lagi pelakon lelaki die memang Mrs.F sangat suka....hehe saper lagi kalau bukan Chad Michael Murray....

Chad Michael Murray

Hehehe hensemkan muka si Chad ni....tergoda Mrs.F tengok. Kalau kawan-kawan nak tau, die ni pernah berlakon cerite 'Dawson's Greek' dan 'Gilmore Girl'...kire famous jugak la.... kalau filem pulak, si Chad ni pernah berlakon cerite 'A Cinderella Story' dan 'Freaky Friday'...


Cerita OTH ini berkenaan dengan dua orang adik beradik yang mempunyai seorang ayah yang sama tetapi mak yang berlainan. Konflik terjadi apabila si ayah (Dan Scott) melupakan kewujudan salah seorang anaknya iaitu Lucas Scott lakonan Chad Michael Murray dan hanya menjaga dan memberi layanan kasih sayang kepada Nathan Scott. Konflik terus berkembang dengan kehadiran pelakon yang lain dan saling berkaitan dengan kedua dua orang adik beradik ini.


Lagu tema TV drama ini adalah 'I dont wanna be' nyanyian Gavin De Graw (sila lihat video di atas). Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Faizal Tahir masa konsert final One In A Million dulu. Lagu ini penuh dengan emosi. Antara liriknya yang menarik adalah:

I don't wanna be anything other than what I've been tryin' to be lately,
All I have to do is think of me and have peace of mind,
I'm tired of looking 'round rooms wonder what I gotta do,
Or who I'm supposed to be,
I don't wanna be anything other than me,


Lagu ini memang menunjukkan rasa hati kedua-dua orang anak Dan Scott. Ini kerana kedua-dua mereka cuba untuk mencari identiti diri sendiri. Yang Mrs. F paling suka adalah apabila kedua-duanya menjadi sahabat baik pada season ke-2 dan sedar akan kejahatan ayah mereka, Dan Scott yang bersikap pentingkan diri sendiri dan pendendam. Padan muka si Dan apabila kedua-dua anaknya tinggalkan dia dan hidup sendiri.


Mrs.F tak berapa sure berapa ramai yang suka tengok cerita OTH ini, hehehe kalau sesiapa suka tengok, jomlah kiter berkongsi cerita dan pendapat mengenai cerita ni.....bagi Mrs F, banyak pengajaran yang boleh diambil, kiranya bukan cerita kosonglah... Hubby pon dah suka tengok cerita ni, sekarang dah tengok sampai season 3, masih ada 5 seasons lagi untuk habiskan. Tak sabar rasanya nak tengok kesudahan setiap episod tu macam mana. Bagaimana pun, Mrs F bagi rate 10 stars kepada pengarah dan juga pelakon cerita OTH ini, memang kelas u ollllsss!!!~






Minda Mrs.F:: ....|| Siap termimpi-mimpi si Chad ni dalam tidur...||









Wednesday, December 8, 2010

Daging Goreng Cili Api

Daging Goreng Cili Api
Bahan - Bahan:
1. Daging dipotong nipis - 250 gm
2. * Cili Api - 20 biji (dipotong pendek)
3. * Bawang Kecil - 2 labu (diricih halus)
4. * Bawang Putih - 2 biji (diricih halus)
5. * Bawang Besar - 1 labu (diricih)
6. Garam secukup rasa
7. Minyak untuk menggoreng
8. Serbuk Lada Sulah sebagai penambah rasa.

Cara Masak :
1. Daging direbus sampai empuk
2. Sebaik air rebusan hampir kering, masukkan minyak dan goreng daging.
3. Masukkan bahan bertanda *
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Goreng sampai garing dan bolehlah dihidangkan.


Minda Mrs.F..||...Minyak jangan terlalu sedikit supaya daging garing sepenuhnya...||

Tuesday, December 7, 2010

MURTABAK MAGGI


Mrs. F belajar masak murtabak maggi ni mase belajar kat UM dulu...Kolej Mrs.F, Kolej Kediaman Kedua setiap tahun memang ada buka gerai "Second Stove" dan menu ni memang salah satu menu utama masa Mrs.F ada kat sana. First time makan memang dah teruja (bukan disebabkan kolej sendiri masak). Kalau ikut selera Mrs.F, dah sedap dah ni...kalau kawan-kawan nak tau sedap ke tak, cubelah resipi ni...mudah dan senang disediakan.

Murtabak Maggi

Bahan - Bahan :
1. Maggi Kari - 1 bungkus
2. Telur - 1 biji
3. Sosej - 1 batang
4. (Optional) Sayur Campur - 2 sudu besar
5. (Optional) Sos & Mayonis

Cara Masak :
1. Rebus maggi dan tapis
2. Pukul telur sampai berbuih
3. Potong sosej bentuk dadu dan kecil. Gorengkan sosej sebentar dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Kepada sesiapa yang sukakan sayur, bolehlah ditambah sayur campur. Sayur campur ini hendaklah digoreng sebentar untuk memastikan sayur masak sepenuhnya dan empuk. Setelah digoreng, masukkan kedalam adunan telur.
4. Masukkan maggi yang telah direbus dan rempah kari ke dalam adunan telur tersebut.
6. Gaul hingga rata dan goreng dalam minyak yang sedikit. (seperti goreng telur)
7. Bentukkan adunan dalam bentuk bulat.
8. Masak dalam api yang sederhana supaya telur dan maggi masak sepenuhnya.
9. Apabila garing bolehlah diangkat dan dihidangkan.
10. Tuangkan sos cili dan mayonis sebagai penambah rasa.


Minda Mrs. F:: ||...first time masak untuk Mr Hubby, dan die sangat suker....hehehe...||



Monday, December 6, 2010

Nasi Goreng Pedas

Nasi Goreng Pedas


Bahan - Bahan
1. Nasi (yang dah disejukkan) - 3 cawan
2. Sosej (dipotong menyenget) - 2
3. Udang besar - 10 ekor
4. Ikan Bilis - 1 genggam
5. * Bawang Besar - 1 labu
6. * Bawang Putih - 2 ulas
7. * Cili Api - 20 biji
8. Kacang Panjang (dipotong pendek) - 3 batang
9. Carrot (dipotong dadu / bulat) - 1/4 batang
10. Sayur - sayur lain penambah selera
11. Garam - secukup rasa
12. Telur (optional) - 1 biji

Cara Masak
1. Goreng sosej yang telah dipotong senget dan asingkan dalam pinggan.
2. Kemudian goreng pula udang dan asingkan diikuti dengan ikan bilis.
3. Blender bahan bertanda *
4. Tumiskan bahan bertanda * tersebut sehingga naik bau.
5. Masukkan sayur seperti diatas (ataupun mengikut selera masing-masing) kedalam kuali dan biarkan seketika sehingga empuk / layu
6. Masukkan nasi (yang telah digaul dengan garam secukup rasa) dan bahan yang telah digoreng awal tadi. Gaulkan sehingga rata.
7. Gaul sehingga nasi betul-betul kering dan mengeluarkan bau wangi.
7. Hidangkan ketika panas.


Minda Mrs.F ::||..Lagi sedap kalau digoreng dan ditambah dengan telur..||

Sunday, December 5, 2010

Gulai Ayam Masak Lemak Cili Api


Bahan - bahan  :
1. Ayam - 1/2 ekor dan dipotong 8 bahagian
2. Kentang - 6 biji (dibuang kulit dan dipotong 4 bahagian)
3. Santan - 1 biji kelapa (santan cair dan santan pekat)
4. Serai - 2 batang (dititik)
5. * Bawang besar - 1/2 labu
6. * Bawang putih - 2 biji
7. * Kunyit hidup - sebesar ibu jari
8. * Lengkuas - 1/2 ibu jari
9. * Cili api - 20 biji (ikut tahap pedas masing-masing)

Cara Masak :
Blender semua bahan bertanda *.
Masukkan bahan yang diblend tadi beserta ayam, kentang, serai dan santan cair
Panaskan sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat dan kacau dengan api perlahan sehingga mendidih dan kentang empuk.
Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan.


Minda Mrs.F :: ||sangat suke makan pedas-pedas....tp hubby xsuke...:((~||

Sayur Campur


Bahan - Bahan :
1. Brokoli - 1/2 bongkol
2. Kubis bunga - 1/4 bongkol
3. Bunga Jagung - 3 tongkol
4. Carrot - 1/2 batang
5. Udang Besar - 10 ekor
6. Bawang kecil - 2 biji
7. Bawang putih - 2 biji
8. Kacang Buncis - secekak
9. Sos tiram - 3 sudu

Cara Memasak :
Tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang dan tumis sehingga udang menjadi kemerah-merahan (untuk mendapatkan bau udang pada masakan).
Kemudian, masukkan air sedikit dan kesemua sayur diatas.
Panaskan dan masukkan sos tiram.

Biarkan seketika sehingga sayur semua empuk dan bolehlah dihidangkan....



Minda Mrs.F:: ||sangat suka dengan brokoli...kalau makan setiap ari pon takkan muak...hehehe!!~||

Rahsia RM435,200 Dalam 7 Bulan!

Ketahui Rahsia Bagaimana Mohd Nizam Menjana RM435,200 Dalam Masa 7 Bulan DiInternet, Tanpa Produk & Pengalaman! EKSKLUSIF! www.jutawanautomatik.com