Susu Kambing |
Antara khasiat - khasiat susu kambing yang penting untuk sistem badan mausia adalah :
- Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
- Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
- Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahanpostpartum).
- Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
- Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
- Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
- Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema(kegatalan pada kulit).
- Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
- Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
- Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan,migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
Kredit to : Kak Long Comel
nice entri...:).. i like it..!!
ReplyDeletethanks....ariezblogs
ReplyDelete