Brokoli adalah sejenis tumbuhan berbentuk seperti bunga kobis tetapi berwarna hijau. Ianya adalah tumbuhan yang kaya dengan Vitamin C. Di dalam brokoli juga terdapat vitamin A, Beta Karoten, Vitamin B3 dan B5, asid folik, fosforus, potassium, zat besi dan chromium.
Brokoli adalah tumbuhan yang paling banyak carotenoids, sejenis anti oksida yang membantu mengurangkan berat badan.
Brokoli juga diyakini dapat membantu menentang penyakit kanser terutamanya kanser payudara, kanser usus dan juga kanser peparu. Ini kerana dengan memakan brokoli, didapati ianya dapat membantu meningkatkan sistem immunisasi badan. Di dalam brokoli terdapat sejenis sumber penting dikenali sebagai indole-3-carbinol, sejenis bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar pembaikan DNA di dalam sel, sekaligus membantu menghalang penghasilan sel kanser di dalam badan. Sulforaphane, sejenis anti oksida yang telah dibuktikan sebagai pembunuh utama kanser juga terdapat di dalam brokoli. Pengambilan brokoli yang tinggi telah dibuktikan dapat mengurangkan risiko tinggi mendapat kanser prostat.
Brokoli juga dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung kerana anti oksida di dalam brokoli dapat mengurangkan stress.
Brokoli |
Setiap hidangan brokoli boleh membekalkan lebih daripada 30mg Vitamin C.
Elakkan daripada memasak brokoli dengan lama bagi mengelakkan nutrisi penting dalam brokoli hilang. Dikatakan juga, sekiranya memasak menggunakan microwave juga boleh membantu menghilangkan nutrisi penting ini.
Cara memasak brokoli yang paling baik adalah dengan mengukusnya untuk beberapa minit sehingga berubah warna dan tidak terlalu layu.
No comments:
Post a Comment