Alhamdulillah, semalam baru selesai majlis bertandang sebelah hubby. Tema untuk majlis kali ini warna gold. Mrs.F sebenarnya tak berapa sesuai pakai warna gold, sebab tona kulit tak berapa nak cerah hehehe tapi mak mertua sudah berkenan warna gold, mrs.F ikutkan sahaja. Yang penting, majlis berjalan lancar.
Post kali ni, Mrs F sebenarnya nak cerita mengenai photo shoot yang dijalankan selepas majlis bertandang. Untuk photo shoot kali ni, kami masih gunakan photographer yang sama - Mr. Rudy. Lokasi penggambaran (hahaha macam artis lak) dekat kawasan sawah padi, Seberang Perak, Menara Condong Teluk Intan dan Jetty Complex, Marina Island Resort, Lumut.
Nak dibandingkan dengan photography sebelah Mrs.F hari itu, yang kali ini lebih menarik dan banyak shoot. Mungkin disebabkan kawasan yang menarik dan cantik, hari pun cerah dan masa untuk shooting lebih lama. Sepanjang penggambaran, Mrs.F ditemani dengan 2 orang sahabat baik Mrs. F, memang best sebab sambil bergambar, kami sempat bersembang - sembang dan bertanya khabar, almaklumlah dah lama tak berjumpa.
Kembali kepada ketiga-tiga lokasi pengambaran tersebut, kawasan paling best bagi Mrs. F adalah di kawasan sawah padi Seberang Perak. Nak tahu kenapa? sebab, padi tengah menghijau waktu tu...sangat cantik. Dengan warna Gold baju pengantin Mrs.F dan Hubby ditambah dengan warna hijau sawah padi, Mrs. F yakin, seri gambar akan lebih naik.
Semasa di Menara Condong pula. kalau diikutkan hati Mrs.F, memang segan nak keluar bergambar. Sebab kawasan itu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Nanti jadi tumpuan umum pula hehehe kalau Mrs.F ni cantik macam artis tak apa lah juga. Tapi dah Mr Hubby beria - ia nak mengabadikan Mercu Tanda Teluk Intan dalam lipatan kenangan Perkahwinan kami, ditambah pula Mr. Rudy kata "kenalah ambil gambar kat Menara Condong, barulah orang tahu Mrs.F kahwin dengan orang Teluk Intan", Mrs F pun setuju untuk ambil gambar. Tapi tak banyaklah shotnya, hanya beberapa keping.
Kisah di Jetty Complex pula, kami sempat ambil gambar di kawasan parking bot - bot mewah. Baru nak start posing 2-3 keping gambar, staff kat situ datang dan halau kami. Kawasan larangan rupanya. Lagipun guard tu kata takut jatuh ke dalam laut. Kami pun ambil gambar di kawasan lain kat area yang sama juga. Sementara menunggu untuk ambil shot waktu senja, kami sempat perkena cendol ais. Sedapnya....dah lah seharian di majlis, pastu terus ke photo shoot lak, dapat minum cendol ais tu memang nikmat hehehe...lepas minum dan ambil beberapa shot waktu senja, kami bergerak pulang.
Marina Island Pangkor |
Nanti bila gambar outing kami dah siap, Mrs. F akan post entry, pada siapa - siapa yang berminat nak gunakan kepakaran Mr Rudy untuk photographer, bolehlah komen. Nanti Mrs. F pass kan contact number dia.
Minda Mrs. F :: .....| Tak sabar nak tengok hasilnya nanti...|
No comments:
Post a Comment