Pages

Tuesday, April 19, 2011

The Legend Water Chalet Port Dickson

Baru - baru ni, Mrs. F dan hubby bercuti kat The Legend Water Chalet, Port Dickson. hehe, hadiah kahwin dari mak mertua. Sepatutnya kitorang pergi masa awal - awal kahwin dulu... tapi disebabkan cuti dah habis and busy ngan projek yang ntah bila nak habis, terpaksalah tunda.

Kitorang memang excited sangat nak pegi water chalet ni, almaklumlah tak pernah honeymoon lagi... hehehe...kitorg gerak ke Port Dickson lepas makan tengah hari, 6hb April lepas. Menu pertama honeymoon >> nasi putih dan sup campur. Kitorg makan kat seksyen 18, Shah Alam...rasa sup dia lebih kurang sama macam rasa Sup Ani Utara cuma lebih banyak dan murah. Tup..tup...tengah2 makan, hujan lebat lah pulak. Baru ingat nak mandi laut petang nanti...hehehe (mood agak kecewa masa ni)

Menu pertama Honeymoon

Lepas makan, kitorang terus berangkat ke Port Dickson, perjalanan lebih kurang 1jam 30 minit. Kitorang lalu guna highway ELITE (Shah Alam - Nilai). Sampai sana lebih kurang pukul 3 ptg. The Legend Water Chalet ni parking free...mungkin sebab tak banyak kereta yang datang kecuali waktu musim cuti persekolahan. Mrs.F punyalah excited, sampai - sampai jer terus ambil gambar permandangan laut dari hotel. Dan yang bestnyer, kat sini tak hujan..hehehe cuaca redup - redup gitu..

Pemandangan chalet dari kawasan parking kereta

Mrs. F dan hubby

Lepas ambil semua barang dan check-in, kami dibawa ke chalet menaiki buggy...hehe laju sangat adik buggy ni bawak, tak sempat mrs.F nak ambil gambar. Hehehe buat pengetahuan semua, The legend Port Dickson ni terbahagi kepada dua bahagian ; satu Water Chalet dan lagi satu Water Homes.

Untuk water chalet, room cuma ada bathtub sajer, kalau water homes ada jakuzi dan private pool. Water homes ni mahal woooo....RM400-600++. Ni la keadaan dalam bilik untuk package Water Chalet....

Suasana dalam bilik

Pemandangan dari luar bilik

Bathtub yang muat untuk 2 orang

Lepas dah check in dan lepak - lepak dalam bilik, Mr. Hubby ajak mandi laut. Kitorang pergi Teluk Kemang. Sampai sana dalam pukul 6. Tak ramai yang mandi sebab hari bekerja kan... Sampai jer sana, tukar baju dan ape lagi.....terus mandilah..hahaha macam tak pernah mandi laut kitorang ni....

Untuk dinner malam pulak, kitorang makan kat luar. Menu malam pertama >> nasi putih, tomyam dan kailan ikan masin....

Dinner malam pe

Esok paginya, kami breakfast kat Water Chalet. Makanan kat sini tak banyak variasi lah....mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah kot. Orang tak ramai...sepatutnya tak kisahlah orang ramai ataupun tak, makanan sepatutnya pelbagaikan lah....hehehe kalau setakat sosej goreng dan daging burger, masak kat bilik pun boleh.....

Aktiviti hari kedua, kitorang mandi kolam dan jakuzi....sanggup Mrs.F dan hubby beli baju renang baru semata - mata nak mandi kolam.....Banyak kali gak lah kitorang mandi, malam pun kitorang mandi lagi kat kolam tu...hehehe mesti orang kata kitorang jakun kan...

Mr.Hubby di dalam jakuzi

Kolam Renang The Legend Water Chalet

Dah puas mandi, petang dalam pukul 5 macam tu, kitorang lepak lagi kat Teluk Kemang. Kali ni tak mandi...cuma lepak-lepak sambil minum petang kat tepi pantai. Menu petang ni >> Air Kelapa, burger, ABC dan Bakso....yummy, bakso dia memang kelas la....bibik kat situ yang buat.

Bakso
 Biar lautan menjadi saksi :)

Untuk makan malam pulak....kitorang lepak kat yong tau fu stall area Port Dickson. Brader ni cool giler, jual yong tau fu ni atas lori jer pastu pasang radio dan bentang tikar mengkuang kat atas pasir. So orang yang datang makan, ade tempat nk duduk dan lepak - lepak....dah lah udara sepoi-sepoi bahasa....memang best lah lepak....

Yong Tau Fu

Tikar mengkuang yang brader tu sediakan

Oh ya...sebelum kitorang makan yong tau fu ni, kitorang sempat jalan - jalan kat Jeti port Dickson...Mrs.F tak berapa sure nape diorang wujudkan jeti ni...sebab nak kata boleh melintas ke pulau, jeti ni bersambung ngan teluk sebelah jer....dan jarak tak jauh pun...kalau ikut darat pun boleh. Mungkin MPPD bina untuk kaki pancing kot...hehehe...cantik gak jeti ni....

Sayanglah datang malam, nak ambil gambar pun dah tak jelas....

Jeti Rekreasi MPPD

Hari akhir kat PD, kitorang tak de buat ape pun....lepas breakfast, mandi kolam sekejap sambil berjakuzi, pack barang dan check-out...

Tapi antara banyak - banyak aktiviti yang kitorang buat 3 hari ni, aktiviti paling best adalah....MAKAN DURIAN....hehehe on the way balik hari tu, kitorang sempat singgah seksyen 7, Shah Alam dan makan durian. Sedap woooo....bukan dapat makan selalu...hehehe oklah, tak tau nak citer aper...layankan gambar - gambar yang sempat Mrs.F ambil masa di Port Dickson....

Pemandangan waktu senja di Port Dickson

Mrs. F dan hubby lagi

The Legend Water Chalet

The Legend Water Chalet (pandangan dari luar)

Friday, March 11, 2011

Tempe goreng cili dengan kentang dan ikan bilis

Tempe Goreng dengan kentang dan ikan bilis
Bahan - Bahan :

1. Tempe - 1 bungkus (dipotong dadu)
2. Kentang - 3 biji (dipotong halus)
3. Ikan Bilis - 1 genggam
4. *Cili Masak - 4 biji
5. *Cili Api - 6 biji (optional - untuk mereka yang suka pedas)
6. *Bawang Kecil - 2 biji
7. *Bawang Putih - 2 biji
8. Garam, Kunyit dan perasa makanan

Cara Memasak :

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Lumur tempe dengan kunyit dan garam
3. Panaskan minyak (untuk menggoreng)
4. Goreng tempe sehingga garing dan alihkan.











5. Goreng kentang sehingga garing dan alihkan











6. Goreng ikan bilis sehingga garing dan alihkan











7. Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng bahan-bahan seperti diatas, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik minyak.
8.Masukkan garam dan serbuk perasa makanan
9. Masukkan tempe, kentang dan ikan bilis yang telah digoreng, ratakan dan bolehlah dihidangkan.



Minda Mrs. F :: ....|| cara nak bagi ikan bilis rangup.....rendam sebentar dan goreng dengan api yang kuat...||







Udang goreng kunyit cili padi

Udang Goreng Kunyit

Bahan - bahan :

1. Udang besar - 300 gm (dibuang kepala)
2. Lobak Merah - 1/2 batang (dipotong panjang)
3. Jagung Muda - 2 batang (dipotong panjang)
4. Kobis Bunga - besar penumbuk
5. Cili Padi - 10 biji (dipotong kecil)
6. Garam, Serbuk Kunyit, Perasa Makanan
7. Bawang Besar - 1 biji (diricih)
8. Bawang Putih - 2 biji (diricih)

Cara Memasak :

1. Lumur udang dengan kunyit dan garam (seperti melumur ikan untuk digoreng)
1. Panaskan minyak (cukup untuk menggoreng udang)
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Selepas naik bau, masukkan semua sayur
4. Masukkan sedikit air dan perasa makanan (1 sudu besar) dan biar sehingga sayur empuk.
5. Masukkan udang yang sudah dilumur tadi dan cili padi.
6. Goreng sehingga udang garing.
7. Hidangan boleh dihidang.



Minda Mrs. F ::....|| sangat suka seafood, tapi hubby tak suka..||...



Tuesday, February 22, 2011

Rendang Ayam

Rendang Ayam
 
Bahan - Bahan


1. 1 ekor ayam - dipotong kecil
2. Santan - 1/2 kilo @ 1 biji kelapa
3. Kerisik - 2 sudu besar
4. * Cili Kering - 20 tangkai
5. * Cili Api - 10 tangkai (optional, untuk sesiapa yang suka pedas)
6. * Bawang kecil - 10 biji
7. * Bawang putih - 1 labu kecil
8. * Serai - 3 batang
9. * Halia - besar 2 ibu jari
10. * Lengkuas - besar 1 ibu jari
11. Garam, gula dan perasa makanan
12. Daun Kunyit - 1/2 helai
13. Daun Limau Purut - 3 keping
14. Rempah kari daging - 2 sudu besar
15. Minyak masak - cukup untuk menumis

Cara Memasak :

1. Blend bahan bertanda *.

bahan bertanda *
2. Panaskan minyak.
3. Tumis bahan yang telah diblend
4. Setelah naik minyak, masukkan ayam, rempah kari daging dan santan.
5. Kacau dengan api perlahan sehingga ayam empuk (cukup masak).
6. Alihkan ayam daripada kuali bagi mengelakkan ayam terlampau masak dan hancur.

Rupa rendang yang telah dikeluarkan ayam
Ayam dikeluarkan bagi mengelakkan terlampau masak dan hancur

7. Masukkan kerisik
8. Masak sehingga adunan hampir kering dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut untuk menaikkan bau masakan.
9. Masukkan garam, gula dan sedikit perasa makanan (secukup rasa)
10. Masukkan kembali ayam yang telah dialihkan, kacau sehingga rendang kering.
11. Rendang boleh dihidangkan.

Rendang yang sedang dikeringkan

Minda Mrs. F :: ||....resipi daripada mak mrs.F...resipi air tangan ibu...||



Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese

Bahan - Bahan
1. 1 bungkus spaghetti
2. 300 gm daging cincang
3. 1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
4. 1 tin sederhana sos spaghetti
5. 1 tin kecil tomato puree
6. 1 biji bawang holand (bawang besar) (dipotong dadu)
7. 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
8. 1 biji lobak merah (dipotong dadu)
9. 1 batang sosej (dipotong dadu)
9. 1 biji tomato (dipotong dadu)
11. 5 sudu besar minyak masak
12. 2 sudu besar butter
13. 3 sudu besar susu manis
14. garam secukup rasa

cendawan butang dan sosej

bahan yang telah dipotong dadu


Cara memasak :

1. Untuk spaghetti

Panaskan 2000ml air. Apabila air sudah mendidih, masukkan 1 sudu kecil garam dan rebus spaghetti sehingga masak (lembut dan empuk). Tambahkan beberapa sudu minyak masak ke dalam air rebusan untuk mengelakkan spaghetti tersebut melekat.

2. Untuk sos bolognese

a. Panaskan minyak dan butter di dalam kuali.
b. Apabila butter sudah cair dan berbuih, tumis bawang besar dan bawang putih. Jangan terlalu garing.
c. Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali. Goreng sehingga daging lembut dan bertukar warna keemasan.
d. Masukkan sayur yang telah dipotong (cendawan dan lobak merah) beserta sosej. Goreng sehingga sayur empuk.
e. Masukkan susu ke dalam kuali dan kacau selalu sehingga adunan meresap susu.
f. Masukkan sos spaghetti, tomato puri dan tomata ke dalam kuali.
g. Dengan menggunakan tin sos spaghetti sebagai sukatan, masukkan 1 tin air ke dalam kuali.
h. Kacau sehingga rata, masukkan garam secukup rasa.
i. Masak dengan api yang kecil sehingga kuah menjadi pekat.
j. Setelah kuah pekat, bolehlah dihidangkan dengan spaghetti.

inilah hasilnya


Minda Mrs.F :: ||...Hidangan ini untuk 6 orang makan....||







Saturday, January 29, 2011

Kebaikan Tembikai

TEMBIKAI, buah yang berasal dari Afrika Selatan kini ditanam hampir di ke semua negara beriklim tropika atau sederhana.


Terdapat lima jenis tembikai iaituYellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski. Kelima-lima jenis ini berbeza warna dan saiz.

Melitopolski

Moon  & Stars


Cream of Saskatchewan


Yellow Watermelon


Orangeglo
Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi menjadikan buah tersebut segar terutamanya pada musim panas. Pada yang sama kadar kalori dalam tembikai adalah rendah menjadikannya salah satu buah yang menyihatkan.

100 mg tembikai mengandungi antara lain:
Kalsium - 7 mg
Karbohidrat - 7.55 gm
Lemak - 0.15 gm
Fluorida - 1.5 mcg
Besi - 0.24 mg
Magnesium - 10 mg
Fosforus - 11 mg
Potasium - 112 mg
Protein - 0.61 gm
Sodium - 1 mg
Gula - 6.20 gm

Tembikai yang kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser.

Amalan memakan tembikai juga dikatakan mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis.

Selain itu, buah yang kaya dengan amti oksida penting itu juga membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung.

Tembikai juga mempunyai kalori yang sangat rendah menjadikannya hidangan sempurna untuk sesiapa saja yang ingin menurunkan berat badan.

Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.


Credit to : Utusan Malaysia



Minda Mrs.F :: ...||...Suka minum "Tembikai Juice...||






Sunday, January 23, 2011

Outing Photo

Alhamdulillah, semalam baru selesai majlis bertandang sebelah hubby. Tema untuk majlis kali ini warna gold. Mrs.F sebenarnya tak berapa sesuai pakai warna gold, sebab tona kulit tak berapa nak cerah hehehe tapi mak mertua sudah berkenan warna gold, mrs.F ikutkan sahaja. Yang penting, majlis berjalan lancar.

Post kali ni, Mrs F sebenarnya nak cerita mengenai photo shoot yang dijalankan selepas majlis bertandang. Untuk photo shoot kali ni, kami masih gunakan photographer yang sama - Mr. Rudy. Lokasi penggambaran (hahaha macam artis lak) dekat kawasan sawah padi, Seberang Perak, Menara Condong Teluk Intan dan Jetty Complex, Marina Island Resort, Lumut.

Nak dibandingkan dengan photography sebelah Mrs.F hari itu, yang kali ini lebih menarik dan banyak shoot. Mungkin disebabkan kawasan yang menarik dan cantik, hari pun cerah dan masa untuk shooting lebih lama. Sepanjang penggambaran, Mrs.F ditemani dengan 2 orang sahabat baik Mrs. F, memang best sebab sambil bergambar, kami sempat bersembang - sembang dan bertanya khabar, almaklumlah dah lama tak berjumpa.

Kembali kepada ketiga-tiga lokasi pengambaran tersebut, kawasan paling best bagi Mrs. F adalah di kawasan sawah padi Seberang Perak. Nak tahu kenapa? sebab, padi tengah menghijau waktu tu...sangat cantik. Dengan warna Gold baju pengantin Mrs.F dan Hubby ditambah dengan warna hijau sawah padi, Mrs. F yakin, seri gambar akan lebih naik.



Semasa di Menara Condong pula. kalau diikutkan hati Mrs.F, memang segan nak keluar bergambar. Sebab kawasan itu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Nanti jadi tumpuan umum pula hehehe kalau Mrs.F ni cantik macam artis tak apa lah juga. Tapi dah Mr Hubby beria - ia nak mengabadikan Mercu Tanda Teluk Intan dalam lipatan kenangan Perkahwinan kami, ditambah pula Mr. Rudy kata "kenalah ambil gambar kat Menara Condong, barulah orang tahu Mrs.F kahwin dengan orang Teluk Intan", Mrs F pun setuju untuk ambil gambar. Tapi tak banyaklah shotnya, hanya beberapa keping.


Menara Condong, Teluk Intan

Kisah di Jetty Complex pula, kami sempat ambil gambar di kawasan parking bot - bot mewah. Baru nak start posing 2-3 keping gambar, staff kat situ datang dan halau kami. Kawasan larangan rupanya. Lagipun guard tu kata takut jatuh ke dalam laut. Kami pun ambil gambar di kawasan lain kat area yang sama juga. Sementara menunggu untuk ambil shot waktu senja, kami sempat perkena cendol ais. Sedapnya....dah lah seharian di majlis, pastu terus ke photo shoot lak, dapat minum cendol ais tu memang nikmat hehehe...lepas minum dan ambil beberapa shot waktu senja, kami bergerak pulang.


Marina Island Pangkor


Nanti bila gambar outing kami dah siap, Mrs. F akan post entry, pada siapa - siapa yang berminat nak gunakan kepakaran Mr Rudy untuk photographer, bolehlah komen. Nanti Mrs. F pass kan contact number dia.




Minda Mrs. F :: .....| Tak sabar nak tengok hasilnya nanti...|


Monday, January 17, 2011

Wedding Video

Hari ni Mrs.F seronok sangat sebab Mr.Hubby bagi big surprise...OUR WEDDING VIDEO!!!!! Dua bulan juga Mrs.F tunggu, baru siap. Untuk photo album dan frame gambar dalam proses untuk disiapkan. Tak sabar Mrs.F nak tengok hasilnya nanti.

Untuk wedding video kami ni, our photographer (Mr.Rudy) gunakan dua tema lagu. Untuk hari pernikahan, lagu FOR THE REST OF MY LIFE by Maher Zain dan masa hari persandingan, lagu BAGAIKAN SAKTI by M.Nasir ft Siti Norhaliza. Mrs.F suka sangat dengan pilihan lagu Mr.Rudy ni, sangat bermakna.

Serba sedikit gambar - gambar dalam Wedding Video Mrs.F & Hubby....


Ok....smile!!!!~

Manik kat tudung Nikah
Manik kat tudung nikah Mrs.F ni sebenarnya Mrs.F buat sendiri. Sebabnya susah sangat nak cari tudung yang sama warna dengan baju. At last, Mrs.F tekad beli tudung kosong dan tampal manik sendiri. Mula - mula buat, cuak juga tapi selepas lihat hasilnya, Mrs F memang suka OK!!!~

Lambang cinta abadi

Ni pula cincin kahwin Mrs F dan hubby....mak mertua yang tempah. Batu yang kami gunakan bukan berlian ok....tapi cumalah batu delima kepunyaan mak mertua. Cantikkan??? Penat sebenarnya nak pujuk Mr Hubby tempah cincin ni sebenarnya...tapi disebabkan Mrs.F nak juga sepasang cincin yang sama batu, terpaksalah pujuk. Dan....inilah hasilnya....yeeeeeaaa, Mrs F berjaya pujuk Mr Hubby.

Upacara akad nikah

Gambar ketika upacara akad nikah. Nikah diakadkan sendiri oleh bapa Mrs.F...perasaan ketika ini??? hahaha harap-haraplah Mr Hubby tak ulang banyak kali....Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri.....

Upacara batal air sembahyang
Patut ke ada upacara ini??? emmmm Mrs.F ikutkan sahaja kehendak orang tua. Lagipun ikut persepsi sendiri. Bagi Mrs.F, upacara ini lebih kepada perasmian menjadi suami isteri (daripada tidak boleh bersentuhan daripada halal bersentuhan)....

Saat sayu dan pilu
Inilah waktu dan saat yang paling sedih sekali dalam hidup Mrs.F....25 tahun bapa Mrs.F membesarkan Mrs.F, tidak sampai setengah jam upacara, Mrs.F sudah menjadi milik orang lain. Sangat sayu dan sedih ok....

Bersama ibu dan ayah

Sebelah kanan : ibubapa Mr Hubby
Sebelah kiri : ibubapa Mrs.F


Make up hari persandingan
Cantikkan make up ini, muka Mrs F yang tak cantik ini pun boleh jadi cantik disebabkan make up daripada mak andam super meletup, Kct Rasheed. hehehe...nanti majlis sebelah lelaki nak ambil kct as mak andam lagi la...

Pelamin
Pelamin buatan sendiri..ok tak???? hehehe oklah, nak cut cost...sekarang pelamin susah nak cari yang murah. Semuanya 1ribu ke atas. Kalau nak yang bawah 1 ribu, ada lah juga tapi style kerawang emas yang dulu - dulu tu....dan yang kelakarnya, warna emas kat kerawang tu pun dah takde...hehehe


Tiru aksi Mukhsin
Ada gaya dalam filem Mukhsin tak??? hahaha adalah sikit tapi salah susunan lah..sepatutnya Mrs.F kena duduk sebelah kiri....
Mukhsin

Dam Semenyih
Gambar last ni Mrs.F dan Mr Hubby ambil dekat Dem Semenyih. First time ambil gambar kat tepi jalan. Yang menariknya, pantang ada kereta lalu pasti akan dapat jeritan "SELAMAT PENGANTIN BARU". hehehe memang pengalaman manis dan yang penting, time ni lah Mrs F nak rasa macam artis...






Minda Mrs.F :: ...|| tak sabar nak tunggu video dan gambar majlis sebelah lelaki....||




Rahsia RM435,200 Dalam 7 Bulan!

Ketahui Rahsia Bagaimana Mohd Nizam Menjana RM435,200 Dalam Masa 7 Bulan DiInternet, Tanpa Produk & Pengalaman! EKSKLUSIF! www.jutawanautomatik.com