Salam semua, lama rasanya tak post cerita baru. Tiada masa
untuk melihat computer semenjak Aisyah dah mula berjalan. Habis semuanya diusik
dan dicapai. Janganlah letak barang berdekatan dengan tepi meja, sedaya upaya dijongketkan
kaki untuk capai.
Sekarang Aisyah dah pun berumur 1 tahun dan 3 bulan. Maka
sudah 1 tahun dan 3 bulan jugalah Aisyah masih pakai botol yang sama…hehe
siapalah ibu si Aisyah ni ye…
Bercakap mengenai botol, ada member kat office, anak dia dah
berumur 6 bulan dan dia bercadang untuk tukar botol baru dan tanya pendapat
saya. Godek punya godek internet, di bawah adalah hasilnya.
Terdapat banyak jenis botol plastik. Jenis botol plastic ini
dapat di kenalpasti melalui tanda segitiga yang didalamnya terdapat nombor
daripada angka 1 ke 7. Tanda ini dikeluarkan oleh The Society of Plastic
Industry pada tahun 1998 dan diikuti oleh organisasi lain seperti ISO.
Secara ringkasnya, nombor 1 sehingga 7 ini adalah ‘Plastic
Identification Number’ yang digunakan untuk mengklasifikasikan bahan yang
digunakan oleh botol plastic tersebut. Lebih tinggi nombor yang digunakan maka
lebih kurang pusat recycle yang akan ambil bahan tersebut untuk diproses.
Namun nombor yang lebih atas sama dengan 5 adalah selamat
digunakan. Kebanyakan botol plastic di luar menggunakan bahan daripada segitiga
nombor 1. Amat penting untuk mengenalpasti nombor tersebut kerana setiap botol
plastic yang digunakan akan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menyebabkan
kanser.
Ini adalah ringakasan bahan yang digunakan. Ada banyak jenis
bukan? Maka, yang mana selamat untuk digunakan ke atas bayi dan kanak – kanak?
Dibawah adalah jawapannya!
Botol susu yang selamat digunakan adalah:
- Botol susu berwarna putih susu yang menggunakan bahan Polypropylene (PP), dengan segitiga bernombor 5
- Botol susu berwarna cerah yang menggunakan bahan Triton (T) dengan segitiga bernombor 7
- Botol susu berwarna kekuningan (honey coloured) yang menggunakan bahan Polyamide (PA) atau Polyether Sulphate (PES) dengan segitiga bernombor 7
- Jika botol susu berwarna cerah yang menggunakan bahan polycarbonate (PC) atau bahan lain walaupun mempunyai segitiga bernombor 7, TIDAK selamat digunakan.
Mesti anda tertanya – tanya kenapa segitiga bernombor 7 ada
yang selamat digunakan dan ada yang tidak selamat digunakan?
Sebenarnya segitiga bernombor 7 ini adalah misteri. Untuk
segitiga bernombor 1 sehingga 6, ianya dikategorikan kepada 1 jenis bahan
sahaja. Namun untuk nombor 7, ianya adalah untuk semua jenis plastic selain
daripada 1 sehingga 6. Umumnya, nombor 7 ini digunakan untuk bahan
Polycarbonate (PC) yang mengandungi BPA (bisphenol A).
BPA tidak baik untuk kesihatan adalah kerana unsur ini
menyerupai hormone estrogen wanita. Ianya akan mengganggu system peranakan dan
system saraf yang boleh menyebabkan kanser, ketidakseimbangan imun dan fungsi
otak, obesity, diabetis, sakit jantung, hyperaktif dan cepat mendapat haid
dikalangan kanak-kanak wanita (Environment California, 2007). Sebab itu
sekarang kita dapat melihat kanak – kanak lebih cepat haid berbanding zaman
dahulu. Dan disebabkan itu juga, botol plastic yang mengandungi BPA diharamkan
di US, Kanada dan negara-negara lain.
Di Malaysia, botol yang selalu digunapakai yang tidak
mempunyai BPA adalah PES ataupun PP.
Antara kedua – duanya, yang mana lebih baik?
Botol susu PES
|
Botol susu PP
|
Warna kekuningan
|
Warna putih susu
|
Ketahanan suhu sehingga 180 darjah
|
Ketahanan
suhu sehingga 110 darjah
|
Tidak mudah pecah
|
Senang calar, kurang keras berbanding PES
|
Senang dibersihkan dan jangka hayat lebih lama
|
Jangka
hayat terhad
|
Jika tanya pendapat saya, saya lebih suka botol PES, dan
untuk Aisyah saya pilih brand Basilic, wide Neck. Avent jika tak silap saya,
tidak lagi mengeluarkan botol jenis PES. Dan yang masih gunakan PES adalah NUK,
Anakku dan Basilic.
Kenapa Basilic?
- Cantik
- Colourful
- Gambar lembu tu tidak mudah tanggal walaupun steril setiap hari J
- Botol saiz kecil = 7 oz (boleh pakai lama)
Setakat ni, Aisyah ada 3 botol Basilic, 1 botol Anakku dan 2
botol stainless steel PuraKiki. So memang takkan beli lain sampailah Aisyah dah
kena pakai botol besar.
Nota kaki :
Bagi mereka yang ada keupayaan membeli, baiklah beli botol
stainless steel ataupun kaca kerana kedua-dua bahan ini sudah pasti tiada bahan
kimia yang berbahaya untuk bayi. Berbelanja lebih untuk anak tidak akan rugi,
percayalah!
No comments:
Post a Comment