Jaundis atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai demam kuning adalah satu keadaan di mana paras bilirubin di dalam darah melebihi daripada jumlah normal. Ianya normal berlaku kepada bayi yang baru lahir yang merujuk kepada warna kuning pada kulit dan putih mata.
Apa itu bilirubin? Bilirubin adalah bahan kimia kekuningan dalam hemoglobin yang membawa oksigen dalam sel darah merah. Semasa penguraian sel darah merah, badan akan membina sel-sel yang baru dan sel-sel darah merah yang lama akan melalui hati. Sekiranya proses sel darah merah yang dihasilkan lebih cepat daripada hati menguraikan bilirubin, bilirubin akan terkumpul di dalam badan dan kulit akan kelihatan kuning.
Kenapa jaundis berlaku kepada bayi? Ini kerana:
- Bayi yang baru lahir menghasilkan sel darah merah yang lebih banyak daripada orang dewasa (bermaksud lebih bilirubin yang terhasil)
- Hati bayi yang baru lahir belum cukup matang untuk memproses/menguraikan bilirubin dalam sel darah merah
- Terlalu banyak bilirubin yang diserap balik daripada usus ke dalam badan sebelum bayi dapat membuangnya sebagai najis.
- Punca utama jaundis pada bayi boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan yang besar iaitu jaundis fisiologikal dan jaundis patologikal.
Jaundis fisiologikal merupakan jaundis ringan yang berlaku disebabkan ketidakmatangan hati bayi untuk memproses bilirubin. Ia biasanya muncul pada 2 hingga 4 hari umur dan hilang oleh umur 1 hingga 2 minggu.
Jaundis patologikal pula merujuk kepada jaundis yang berlaku disebabkan oleh keadaan tertentu seperti ketidakserasian kumpulan darah (Rhesus atau masalah ABO) dan kekurangan G6PD.
Ada juga jaundis yang dikenali sebagai Jaundis Susu Badan
- Jaundis bayi yang menyusu susu badan (breastfeeding jaundice) : pada segolongan kecil bayi-bayi yang menerima susu badan terdapat elemen dehidrasi dan tidak cukup makan (underfeeding) terutamanya jika berat badan menurun melebihi 10% berat lahir. Ibu-ibu digalakkan memberi susu badan lebih kerap (setiap 1-2jam) dan memberi bayi glukos 5% (dengan sudu) jika SB terlalu tinggi. Fototerapi dimulakan bila diperlukan tertakluk kepada nilai SB.
- Jaundis susu badan (breastmilk jaundice): jaundis yang berpanjangan ini dikaitkan dengan jumlah non-esterified fatty acid (NEFA) pada susu badan sesetengah ibu. NEFA dipercayai mencegah konjugasi bilirubin, berlumba dengan bilirubin untuk ikatan dengan protein-protein Y dan Z dan meningkatan sirkulasi enterohepatik. Jika SB tidak mencapai paras bahaya, tiada rawatan diperlukan. Jika paras SB terlalu tinggi pemberhentian susu badan dan gantian dengan susu formula boleh mencepatkan penurunan paras serum bilirubin. Ibu-ibu mestilah diberitahu bahawa jaundis susu badan adalah tidak bahaya.
Dengan menjalankan ujian darah (contoh darah lazimnya diambil dari lengan atau tumit bayi), doktor akan dapat menentukan paras bilirubin dan tahap jaundis dalam bayi anda.
Bayi yang mengalami jaundis harus selalu disusukan (2-3 jam sekali) supaya kadar penyahidratan dalam tubuhnya terkawal dan dia akan selalu kencing dan buang air besar. Ini akan membantu mengeluarkan toksik dari badannya dan membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Bagaimana hendak tahu yang bayi terkena jaundis?
Jaundis selalunya berlaku pada hari ke-2 atau ke-3 dan akan memuncak pada hari ke-4 hinggalah hari ke-7. Anda boleh memeriksa sendiri seteruk mana keadaan jaundis bayi anda. Bukalah baju lalu periksa muka dan bahagian tubuhnya di bawah cahaya matahari. Anda mungkin mendapati yang muka bayi nampak kemerah-merahan atau kekuningan. Seterusnya, tekan dengan perlahan bahagian pipi bayi dengan jari telunjuk anda dan lepaskan jari anda. Perhatikan warna kulit bayi apabila jari anda ditarik. Jika ia berwarna kuning pekat, ulangi proses itu di dadanya pula. Jika di dadanya juga menunjukkan warna kuning, anda harus bawa bayi pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,
Jaundis juga membuat bayi sering merasa mengantuk. Jika anda perhatikan bahawa bayi anda sentiasa kelihatan leti dan kurang cergas menyusu, anda harus mendapatkan nasihat doktor.
Apa yang harus dijangkakan?
- Simptom jaundis selalunya akan berkurangan sekitar hari ke-7 dan akan hilang sepenuhnya pada hari ke-10 hingga ke-14
- Jururawat akan mengambil sampel darah bayi (jika di klinik kesihatan, darah di ambil di kaki, manakala jika di hospital, darah akan diambil di tangan) dan dihantar ke makmal untuk melihat nilai bacaan SB (serum bilirubin), dan diberi rawatan sekiranya perlu.
- Pada amnya, kekuningan pada bayi bermula pada muka dan akan menurun ke bawah hingga ke kaki bayi. Anggaran kasar paras bilirubin pada bayi:
** Masa Aisyah kena jaundis, setiap hari kena pergi klinik kesihatan untuk periksa paras SB, hanya bayi yang bawah daripada 9.5mg/dl yang dikira selamat daripada jaundis dan tidak perlu pemeriksaan lanjut.
Rawatan
Pada amnya, jaundis fisiologikal tidak memerlukan rawatan. Rawatan untuk hyperbilirubinaemia tak langsung (indirect) yang lebih serius adalah :
- Fototerapi biasanya dilakukan bila jaundis berlaku dalam masa 24 jam selepas lahir (walau apapun paras bilirubin) atau apabila serum bilirubin melebihi 200 umol/L. Fototerapi mengakibatkan bilirubin indirect berubah struktur dari yang tidak larut kepada yang larut dan diekskresi di dalam urin dan hempedu.
- Penukaran darah (Exchange transfusion) – ini dilakukan apabila paras SB mencecah 340 umol/L atau lebih. Ini boleh dilakukan pada paras SB yang lebih rendah jika terdapat risiko yang tinggi yang dibincangkan di atas. Kadang-kadang penukaran darah tidak dilakukan walaupun nilai SB mencapai 400-500 umol/L pada bayi yang cukup bulan (term) yang sihat. Tetapi ini mestilah diputuskan oleh pakar pediatric yang menjaga pesakit tersebut.
- Merawat penyakit yang menyebabkan jaundis contohnya bayi yang mengalami infeksi memerlukan antibiotik dan bayi yang hipotiroid memerlukan tiroksin
Bagaimanakah bayi dirawat semasa menjalani fototerapi?
- Mata bayi mestilah ditutup untuk mencegah kerosakan pada retina
- Pakaian bayi mestilah ditanggalkan (lampin digunakan disetengah-setengah unit
- Suhu bayi mestilah di monitor dengan teliti
- Pengambilan susu mungkin perlu ditambah. Bayi-bayi yang menghisap susu badan mestilah digalakkan menyusu lebih.
- SB mestilah diperiksa setiap 12 hingga 24 jam. Lampu fototerapi mesti di padamkan apabila darah untuk SB di ambil. Kadang-kadang ia dilakukan lebih kerap seperti dalam keadaan Rh isoimunisasi.
- Jarak gelombang cahaya yang efektif untuk fototerapi adalah pada jarak 425 hingga 475 nm (spectrum cahaya biru) dan irradiasi pada lingkungan 4 hingga 12 ug/nm/cm2. Irradiasi lampu-lampu fototerapi mestilah diperiksa dengan fotometer selepas 100-200 jam selepas di pakai.
Komplikasi yang boleh berlaku akibat fototerapi adalah :
1. kulit menjadi gelap (tanning)
2. 'Bronze baby syndrome'
3. cirit-birit
4. dehidrasi
5. ruam-ruam pada kulit bayi
Walau bagaimanapun tiada kesan-kesan sampingan yang berkekalan dilaporkan.
Bagaimanakah penukaran darah (exchange transfusion) dilakukan?
Jumlah isipadu darah yang diperlukan untuk menukar 90-95% darah bayi adalah dianggarkan lebih kurang 2 kali isipadu darah dalam bayi (ie. 2 X 80 ml/kg – 160 ml/kg). Darah yang digunakan mestilah darah yang baru; walaubagaimanapun darah CPS dari tabung yang berumur kurang daripada empat hari boleh digunakan. Pada bayi yang tidak sihat atau mempunyai berat lahir yang rendah, darah yang digunakan mestilah berumur kurang daripada 48 jam jika darah yang baru tidak kedapatan.
Salah satu daripada 2 cara digunakan di dalam penukaran darah :
- Pengambilan darah injeksi semula alikuot darah secara bergilir-gilir melalui vena umbilikus
- Pengeluaran yang berterusan darah bayi dari arteri umbilicus dan diseimbangkan dengan infusi darah baru yang berterusan melalui vena.
Apabila menggunakan teknik 1 di atas setiap giliran (cycle) (pengeluaran 5, 10 atau 20 ml dan injeksi semula 5, 10 dan 20 ml) mengambil 4-5 minit dan mengambil masa 2-3 minit untuk infusi semula. Isipadu darah yang lebih rendah digunakan pada bayi-bayi yang kecil atau sakit tenat. Penukaran darah yang sepenuhnya menggunakan mana-mana teknik di atas mengambil masa 1.5-2 jam.
#KataHati#
> Aisyah dulu, mula dapat tahu kena jaundis pada hari ke-3. Terus bawa ke klinik kesihatan dan bacaan adalah 11.3mg/dl. Kemudian teruskan lagi pemeriksaan pada hari ke-5 dengan bacaan 10.1mg/dl dan ke-7 dengan bacaan 8.5mg/dl. Alhamdulillah jaundis Aisyah tidak teruk. Saya cuma amalkan bagi susu ibu (yang dipam - supaya dapat bagi banyak berbanding direct BF) setiap 2 jam.
Info daripada : Persatuan Pediatrik Malaysia, Clinical Practice Guideline KKM
visit www.hometherapyy.com
ReplyDeletefacebook.com/phototherapyy
&
instaram.com/hometherapyy
Rent Charges:
RM400 for 3D2N (60hours)
Additional Charges:
RM50 for Jaundice Meter Rents
RM70/day for extended days
Thanks for sharing….
ReplyDeleteAnak buah last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.
Tahun lepas bby saya pun kuningnya tinggi. Lepas tiga hari keluar dr ward sy pi KK berhampiran check kuningnya naik balik tinggi 300lebih. Masuk ward balik dan bby saya dlm cot bawah lampu phototherapy non-stop sampai saya sekali tido bawah lampu setiap kali menyusu sbb nakkan non-stop bawah lampu biru tu. ada sekali tu sekumpulan doc dan doc pelatih dtg check bby saya kata sesama diorg yang bby saya ni 'bronze baby syndrome' sampai skrg saya xpasti apa maksud sebenar bronze baby syndrome tu. yg saya tahu ialana iala effect dr lampu phototherapy tu. tp saya xtahu sejauh mana syndrome nye dan adakah ianya effect bula dia meninggkat umurnya.. ada tak siapa2 kat sini ada pengalaman sama macam saya?
ReplyDeleteAnak saya dah 3 bln tp masi kuning lagi.dah scan check darah & mcm2 lagi.dah 2 hospita semua doctor ckp semua masalah.sekarang ni doctor minta kebenaran nak nak ambil hati dia sikit.tp saya keberatan nak bagi.ada sesiapa yg bole bg pencerahan..
ReplyDelete