Pages

Friday, March 8, 2013

Rhesus Darah dan Kehamilan

Salam,

Saya dapat tahu mengenai jenis darah dan kesan terhadap kehamilan selepas saya buat check-up kali pertama dengan Dr.Khamsiah, di Klinik O&G Annur, Bangi. Atas dasar ingin tahu, balik dari check-up, saya terus meng'google'. Saya rasa info ini amat penting sebagai persediaan kepada bakal - bakal ibu di luar sana terutama kepada bakal ibu yang mempunyai rhesus Negatif. Enjoy reading!!!~

------------------------

Setiap wanita hamil dikehendaki memeriksa kumpulan darah, bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui jenis kumpulan darah sama ada A, B, AB atau O, tetapi juga bagi mengenal pasti jenis rhesus. Pasti ramai dikalangan kita yg tertanya2 apa itu rhesus?, dan kenapa ianya begitu penting untuk dikenal pasti (terutama bagi wanita hamil? 

Apa Itu Rhesus? 
Rhesus merupakan satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah. Rhesus terbahagi kepada 2 iaitu rhesus positif atau rhesus negetif.

Apakah Kepentingan Mengetahui Jenis Rhesus Wanita Hamil?
Permasalahan Rhesus dalam mengandung boleh berlaku bila seorang wanita yang negatif mempunyai pasangan Rhesus positif.


Hal ini, boleh memberi kesan kepada janin yang dikandung, jika bayi atau janin tersebut mempunyai rhesus jenis positif. Keadaan ini boleh berlaku dalam kadar risiko 50% atau 100%. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi (antibodi anti-D) yang memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi.

Jika janin mempunyai rhesus positif, masalah boleh timbul jika sel darah janin bercampur dengan sel darah ibu. Jika tidak dirawat, sel darah ibu akan membentuk antibodi yg akan memusnahkan sel2 darah rhesus positif janin. Antibodi yg terbentuk ini boleh memberi masalah kepada janin dan boleh mengakibatkan kematian janin.




Pembentukan antibodi ini, boleh terjadi dalam keadaan berikut :

  • Kelahiran - lebih cenderung dalam pembedahan caesarean, kelahiran kembar dan kelahiran stillbirth
  • Prosedur D & C
  • Prosedur mengeluarkan uri yg lambat lekang selepas bersalin (manual removal of the placenta)
  • Prosedur tertentu sewaktu kehamilan. Contohnya, amniotentesis dan chorionicvillous sampling)
  • Trauma dalam trimester ketiga seperti kemalangan, hentakan dan sebagainya.

Antibodi (antibodi anti-D) yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan, seperti juga kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak - badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus campak itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.

Jadi, jika ibu itu mengandung kali kedua, dan kandungan anak itu positif juga, antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops fetalis'.

Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Mengikut kajian, lebih kurang 85% daripada kita mempunyai darah jenis rhesus positif. Namun , walaupun hanya 15% sahaja wanita yg mempunyai rhesus negetif, ada kemungkinan besar mereka akan mempunyai suami rhesus positif. Oleh kerana genetik rhesus bersifat dominan maka kemungkinan janin yg dikandung mempunyai rhesus positif juga adalah besar. Bagi suami yg mempunyai rhesus positif bersifat heterozigus maka setiap janin yg dikandung mempunyai risiko 1 : 2 untuk mempunyai rhesus positif. tetapi jika suami mempunyai rhesus positif bersifat homozigus, maka setiap janin yg dikandung akan mempunyai rhesus positif.

Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung untuk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yang Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka akan diminta membawa suami untuk diperiksa jenis darah mereka. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati seperti demikian - bila sudah bersalin, darah anak akan diperiksa untuk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dalam lingkungan masa 72 jam - suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yang akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kepada Rhesus positif. Ini akan diulangi tiap-tiap kali ia bersalin jika anaknya itu positif juga.

----------------------

#KataHati#
> Alhamdulillah, ibu dan abah Aisyah berdarah Rhesus Positif...so tiada Anti-D

----------------------

Info Dari : Majalah Harmoni , www.carigold.com , www.everybody.co.nz  www.clarian.org

Kuantiti Susu Mengikut Umur Bayi

Semasa lima atau enam bulan pertama, diet bayi terdiri daripada susu, sebaik - baiknya susu badan atau jika anda tidak dapat menyusu badan, menggunakan rumusan bayi yang khas.

Kebiasaannya seorang bayi yang baru lahir perlu disusukan setiap 3-4 jam. Apabila umurnya meningkat, masa antara penyusuan juga akan meningkat (memandangkan susu yang diminumnya berubah dan bayi juga minum lebih banyak pada setiap penyusuan).

Kebanyakan bayi akan mengikut satu corak penyusuan yang tersendiri. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan bilangan pemakanan sehari secara teori. Angka yang dinyatakan hanyala anggaran sahaja. Mungkin bayi akan minum dengan kekerapan yang berbeza, atau lebih banyak pada waktu pagi dan kurang pada waktu malam.

Umur
Bilangan / Hari
Kuantiti
0 minggu
6x
70 ml
2 minggu
6x
80 ml
3 minggu
6x
90 ml
4 minggu
6x
100 ml
2 bulan
6x
110 ml
3 bulan
6x
120 ml
4 bulan
6x / 5x
150 ml


#Kata Hati#
> Aisyah awal - awal lagi dah minum sampai 3oz (lebih kurang 90ml) sebab tu berat badan dari 3.1kg naik 4kg dalam masa sebulan. Now, terpaksa bagi puting kosong untuk bagi Aisyah leka....:) 

Info Dari : happybaby

Tuesday, April 19, 2011

The Legend Water Chalet Port Dickson

Baru - baru ni, Mrs. F dan hubby bercuti kat The Legend Water Chalet, Port Dickson. hehe, hadiah kahwin dari mak mertua. Sepatutnya kitorang pergi masa awal - awal kahwin dulu... tapi disebabkan cuti dah habis and busy ngan projek yang ntah bila nak habis, terpaksalah tunda.

Kitorang memang excited sangat nak pegi water chalet ni, almaklumlah tak pernah honeymoon lagi... hehehe...kitorg gerak ke Port Dickson lepas makan tengah hari, 6hb April lepas. Menu pertama honeymoon >> nasi putih dan sup campur. Kitorg makan kat seksyen 18, Shah Alam...rasa sup dia lebih kurang sama macam rasa Sup Ani Utara cuma lebih banyak dan murah. Tup..tup...tengah2 makan, hujan lebat lah pulak. Baru ingat nak mandi laut petang nanti...hehehe (mood agak kecewa masa ni)

Menu pertama Honeymoon

Lepas makan, kitorang terus berangkat ke Port Dickson, perjalanan lebih kurang 1jam 30 minit. Kitorang lalu guna highway ELITE (Shah Alam - Nilai). Sampai sana lebih kurang pukul 3 ptg. The Legend Water Chalet ni parking free...mungkin sebab tak banyak kereta yang datang kecuali waktu musim cuti persekolahan. Mrs.F punyalah excited, sampai - sampai jer terus ambil gambar permandangan laut dari hotel. Dan yang bestnyer, kat sini tak hujan..hehehe cuaca redup - redup gitu..

Pemandangan chalet dari kawasan parking kereta

Mrs. F dan hubby

Lepas ambil semua barang dan check-in, kami dibawa ke chalet menaiki buggy...hehe laju sangat adik buggy ni bawak, tak sempat mrs.F nak ambil gambar. Hehehe buat pengetahuan semua, The legend Port Dickson ni terbahagi kepada dua bahagian ; satu Water Chalet dan lagi satu Water Homes.

Untuk water chalet, room cuma ada bathtub sajer, kalau water homes ada jakuzi dan private pool. Water homes ni mahal woooo....RM400-600++. Ni la keadaan dalam bilik untuk package Water Chalet....

Suasana dalam bilik

Pemandangan dari luar bilik

Bathtub yang muat untuk 2 orang

Lepas dah check in dan lepak - lepak dalam bilik, Mr. Hubby ajak mandi laut. Kitorang pergi Teluk Kemang. Sampai sana dalam pukul 6. Tak ramai yang mandi sebab hari bekerja kan... Sampai jer sana, tukar baju dan ape lagi.....terus mandilah..hahaha macam tak pernah mandi laut kitorang ni....

Untuk dinner malam pulak, kitorang makan kat luar. Menu malam pertama >> nasi putih, tomyam dan kailan ikan masin....

Dinner malam pe

Esok paginya, kami breakfast kat Water Chalet. Makanan kat sini tak banyak variasi lah....mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah kot. Orang tak ramai...sepatutnya tak kisahlah orang ramai ataupun tak, makanan sepatutnya pelbagaikan lah....hehehe kalau setakat sosej goreng dan daging burger, masak kat bilik pun boleh.....

Aktiviti hari kedua, kitorang mandi kolam dan jakuzi....sanggup Mrs.F dan hubby beli baju renang baru semata - mata nak mandi kolam.....Banyak kali gak lah kitorang mandi, malam pun kitorang mandi lagi kat kolam tu...hehehe mesti orang kata kitorang jakun kan...

Mr.Hubby di dalam jakuzi

Kolam Renang The Legend Water Chalet

Dah puas mandi, petang dalam pukul 5 macam tu, kitorang lepak lagi kat Teluk Kemang. Kali ni tak mandi...cuma lepak-lepak sambil minum petang kat tepi pantai. Menu petang ni >> Air Kelapa, burger, ABC dan Bakso....yummy, bakso dia memang kelas la....bibik kat situ yang buat.

Bakso
 Biar lautan menjadi saksi :)

Untuk makan malam pulak....kitorang lepak kat yong tau fu stall area Port Dickson. Brader ni cool giler, jual yong tau fu ni atas lori jer pastu pasang radio dan bentang tikar mengkuang kat atas pasir. So orang yang datang makan, ade tempat nk duduk dan lepak - lepak....dah lah udara sepoi-sepoi bahasa....memang best lah lepak....

Yong Tau Fu

Tikar mengkuang yang brader tu sediakan

Oh ya...sebelum kitorang makan yong tau fu ni, kitorang sempat jalan - jalan kat Jeti port Dickson...Mrs.F tak berapa sure nape diorang wujudkan jeti ni...sebab nak kata boleh melintas ke pulau, jeti ni bersambung ngan teluk sebelah jer....dan jarak tak jauh pun...kalau ikut darat pun boleh. Mungkin MPPD bina untuk kaki pancing kot...hehehe...cantik gak jeti ni....

Sayanglah datang malam, nak ambil gambar pun dah tak jelas....

Jeti Rekreasi MPPD

Hari akhir kat PD, kitorang tak de buat ape pun....lepas breakfast, mandi kolam sekejap sambil berjakuzi, pack barang dan check-out...

Tapi antara banyak - banyak aktiviti yang kitorang buat 3 hari ni, aktiviti paling best adalah....MAKAN DURIAN....hehehe on the way balik hari tu, kitorang sempat singgah seksyen 7, Shah Alam dan makan durian. Sedap woooo....bukan dapat makan selalu...hehehe oklah, tak tau nak citer aper...layankan gambar - gambar yang sempat Mrs.F ambil masa di Port Dickson....

Pemandangan waktu senja di Port Dickson

Mrs. F dan hubby lagi

The Legend Water Chalet

The Legend Water Chalet (pandangan dari luar)

Rahsia RM435,200 Dalam 7 Bulan!

Ketahui Rahsia Bagaimana Mohd Nizam Menjana RM435,200 Dalam Masa 7 Bulan DiInternet, Tanpa Produk & Pengalaman! EKSKLUSIF! www.jutawanautomatik.com