Pages

Monday, January 3, 2011

The Chronicles of Narnia


Untuk penghujung tahun 2010, Mrs F and Hubby celebrate New Year kat Mid Valley, dah lama rasanya tak berjalan - jalan semenjak bergelar suami isteri...hehe. We all decide untuk tengok wayang cerita The Chronicles Of Narnia (The Voyage of the Dawn Treader). Filem series ni memang Mrs. F tak pernah miss tengok sebab jalan ceritanya menarik. The Voyage of the Dawn Treader ni merupakan siri ke-3 The Chronicles of Narnia.

The chronicles of Narnia merupakan fantasi novel kanak - kanak yang diterbitkan dalam 7 siri. Ianya ditulis of C.S.Lewis dan merupakan penulisan terbaik yang berjaya dijual lebih daripada 100 juta salinan dalam 47 jenis bahasa berbeza. Siri ini ditulis dalam tahun 1949 - 1954 dan telah dicetak beberapa kali untuk tayangan TV, panggung dan radio. Menariknya mengenai The Chronicles of Narnia ini adalah ianya menggabungkan pelbagai elemen budaya seperti Kristian klasik, greek dan roman mitologi, british dan juga dongeng irish .

The Chronicles of Narnia ini menceritakan mengenai pengembaraan magik kanak kanak daripada dunia nyata ke Narnia, sebuah tempat dimana haiwan boleh bercakap, terdapat magik dan kebaikan menentang kejahatan. Mereka dipanggil oleh Aslan, seekor singa untuk membantu Narnia.

Siri-siri dalam The Chronicles of Narnia :
1. The Lion, The Witch and The Wardrobe (1950)
Cerita mengenai 4 orang adik-beradik (Peter, Susan, Edmund & Lucy Pevensie) yang menjumpai Almari baju didalam rumah Prof. Digory Kirke yang membawa kepada dunia Narnia. Mereka membantu Aslan (Singa yang boleh bercakap) menyelamatkan Narnia daripada White Witch yang jahat yang memerintah Narnia dalam keadaan sejuk. Mereka berjaya mengalahkan White Witch dan menjadi Raja dan Permaisuri baru Narnia.

The Lion, the Witch and the Wardrobe

2. Prince Caspian : The Return to Narnia (1951)

Cerita mengenai trip kedua adik beradik Pevensie ke Narnia. Negara Narnia yang mereka tahu wujud sudah tiada lagi. Istana mereka telah menjadi kelam kabut. Mereka telah dipanggil oleh Prince Caspian melalui tiupan wesel Susan untuk membantu menyelamatkan kembali Negara Narnia. 

Prince Caspian - The Return to Narnia

3. The Voyage of the Dawn Treader (1952)


Siri ini menceritakan mengenai Edmund dan Lucy, bersama sepupu mereka yang bermulut lancang, Eustace Scrubb ke Narnia. Mereka menyertai trip Putera Caspian dalam kapal Dawn Treader untuk mencari tujuh bangsawan yang telah dihukum oleh Miraz yang merampas takhta Putera Caspian. Setiap Tujuh Bangsawan ini memiliki satu pedang yang apabila dikumpulkan di atas meja Aslan, dapat membunuh roh jahat yang sedang bermaharajalela di Negara Narnia. Pelbagai kejadian buruk berlaku ke atas mereka dalam perjalanan menuju ke Negara Aslan dihujung dunia.

The Voyage of the Dawn Treader

4. The Silver Chair (1953)

The Silver Chair merupakan siri pertama tanpa adik-beradik Pevensie. Aslan telah memanggil Eustace kembali ke Narnia bersama-sama kawan kelas, Jill Pole. Mereka diberi 4 tanda untuk membantu mencari Putera Rilian, anak Putera Caspian yang hilang mencari punca kematian ibunya.


5. The Horse and His Boy (1954)

Siri ini menceritakan mengenai seekor kuda yang boleh bercakap bernama Bree dan seorang budak bernama Shasta yang hidup dalam zaman Calormen. Mereka telah berjumpa dan telah merancang untuk kembali ke Narnia sebaik selepas kemenangan Narnia daripada White Witch (daripada siri pertama, The Lion, The Witch and The Wardobe) dan hidup bebas. Dalam perjalanan pulang ke Narnia, mereka telah bertemu Aravis dan kudanya yang bercakap, Hwin yang juga ingin kembali ke Narnia.


6. The Magician's Nephew

Dalam siri ini, penulis menceritakan kembali kewujudan awal Narnia dimana pembaca dibawa mengetahui bagaimana Aslan mencipta dunia dan bagaimana roh jahat memasuki Narnia. Digory Kirke dan kawannya Polly Plummer telah memasuki pelbagai dunia semasa mengkaji cincin magik yang dihasilkan oleh bapa saudara Digory, dan berjumpa dengan Jadis (The White Witch) dalam dunia Charn dan menyaksikan kewujudan Narnia.


7. The Last Battle (1956)


Siri ini merupakan penghujung kepada kehidupan Narnia. Jill dan Eustace telah kembali ke Narnia untuk menyelamatkan Narnia daripada Shift, sejenis Ape yang telah menipu Puzzle, sejenis keldai dengan menyerupai si Singa, Aslan dan berada diantara pertikaian antara Calormenes dan Raja Tirian.

__________________________________________________________________________

Minda Mrs. F..||...Sampai sekarang, The Chronicles of Narnia baru sampai ke siri ke-3. Mrs F tak berapa sure sama ada penggambaran untuk siri ini diteruskan lagi ataupun tidak. Sama - samalah kita tunggu dan lihat....||





No comments:

Post a Comment

Rahsia RM435,200 Dalam 7 Bulan!

Ketahui Rahsia Bagaimana Mohd Nizam Menjana RM435,200 Dalam Masa 7 Bulan DiInternet, Tanpa Produk & Pengalaman! EKSKLUSIF! www.jutawanautomatik.com